20 tanda lelaki serius dlm percintaan

Assalamualaikum! Hai, hai, haiii ! ^_^
Iza x mau citer panjang la.. iza juz nak bagi tips kt girls utk pastikan sama ada korang punya boyfriend @ pakwe @ balak @ teman lelaki @ kekasih hati korang tu betul-betul serius dalam hubungan percintaan.. nak taw x? meh sini cek nak habaq maiii~ tetiba kua loghat kedah pulak.. hehe.. :p
Tips ni iza copy dari 1 laman web ni .. laman web ni mmg banyak cerita pasal cinta..
Oke jom kite baca 20 tanda lelaki serius dlm bercinta



1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

0ke dah baca? dah kan? amacam? apa yg korang fikir pasal boyfriend korang? renung-renungkan okee.. :)
kalau korang nak taw banyak lagi pasal cinta korang klik kat SINI .kat web tu ada pelbagai tips, kisah or apa2 je la pasal cintaa..

babai~
Wasalam...

Thanks for reading !

Aduhai kawan...



Huishhh! Lamanye x update blog.. hah, nampak x kemalasan iza.. huhu.. jgn tiru peranga saya oke.. x mau,x mau, xmauuu.. malas sih mau update.. takde mood.. ni pun mcm ada takde je mood iza utk tulis utk entri kali ni.. hehe.. selekeh betul perangai.. :p

Korang rindu iza ke? Ala takde sape rindu, sebab tu iza malas nk update.. hohohohooo.. :o

Eh korang ada hot story ke? Iza ada.. tapi story iza takde iza tuju kat sape2 la.. tapi sape yg terasa tu, iza mintak maaf la yee.. blog iza kan, suka hati iza la nak story apa punnn.. :p

0keh lah, iza nak story pasal kawan.. atau kata lainnya sahabat, rakan, member or apa2 je laa.. tapi bagi iza orang mcm ni x sesuai dipanggil sahabat.. (eh, ko terasa ke nyah? Aku tak sebut nama kau punnn)





Hmm.. selama iza hidup hampir 21 tahun ni, bermacam jenis kawan yg iza jumpa.. ada yg macam tu, ada yg macam ni.. ada yg baik, ada yg tak baik..tapi yg iza nak citer ni, lebih kpd apa yg iza baca dlm novel.. hehe.. iza baru je abes baca baca novel "MAHAR SETULUS HATI".. best wooo cter dia.. meleleh air mata nii.. dlm novel ni walaupun lebih kpd cter suami isteri tp banyak jugak la cter tentang kawan2..tu yg terbukak hati iza nk cter pasal kawan nii..jahat sungguh kawan2 heroin dlm cter nii..nak taw apa jenis kawan yg ada dlm novel ni? hah, meh sini iza ceritaaa...



Tak salah berkawan.. dan normal lah kalau seorang kawan yg nak amik taw pasal kawan dia.. tapi bagi iza x perlu la sampai privasi kawan tu pun kau nak selongkar jugak..

Ada kawan yg depan kita mulut manis bukan main! Manis giler2 lah! Tanam tebu tepi bibir.. tapi hakikatnya? Huh, bukan main lagi mulut diaaa.. belakang kite habis dikutuk-kutuknya..

Ada jugak kawan, yang depan kite dia jadi budak baik.. time kite mengumpat orang lain, dia diam jee.. dia cakap tak elok mengata orang sebab nanti kite pun sama je mcm orang yg kite umpat tuu.. tapi hakikatnya? Amboiii, mulut dia lagi berbisa kottt..

Hmm ape lagi eh? Apa lagi jenis kawan yg ada kt muka bumi ni?

Hah! Ada-ada.. ni kawan yg bagi iza jenis tak taw malu.. time dia nak mintak tolong kite, dia gedik2 dgn kite nk mintak tolong.. ayat manis.. muka manis.. tapi bile kite dalam kesusahan, dia cepat2 angkat kaki.. dia buat bodoh je kalau kite mintak tolong.. kadang2 tu, dia bagi bermacam alasan utk tidak menolong kite.. huh, iza x suka betoi lah kawan jenis macam ni..


hah ada jugak kawan yg masa dia nak ajak kite keluar pegi mana2, dia mulut manis bukan main! Tapi yg dia ajak keluar tu mesti ada udang disebalik mee laa.. tapi bila dia tak perlukan kite, dia lupakan kite.. dia plan senyap2 je dgn kawan2 dia yg lain.. oke fine, oke lagi kan lau dia plan senyap2.. tapi ada jugak yg masa plan nye, suaranye tu macam nak bagitahu 1 dunia.. depan2 kite ni dia plan dgn kawan2 dia.. kite yg ada kat depan dia ni, dia buat bodoh jee.. macam kite ni x de perasaan.. Eee,sakit pulak hati ni! (ayat dlm adnan sempit 2)

oke setakat tu je yg iza taw jenis2 kawan yg ada.. iza tak tuju pada sape2 oke.. ianya general.. sape yg terasa tu padan la muka.. keh,keh,keh.. ada sape2 yg tak puas hati ke? Meh sini berdepan dgn iza.. ada berani? Hehe.. ;)


nasib baik iza xde kawan rupa cenggitu.. lau x, memang dah kene kutuk oleh iza dlm hati..haha..jahatnya iza niii..

sama-sama lah kita perbaiki diri oke.. semoga hubungan persahabatan yg terjalin mendapat rahmat dr ALLAH.. :)

“selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari”
- saidina ali -

Thanks for reading !