Surprise !

Assalamualaikum ~
hai korang.. lama tak update belog yg agak comot nii.. x taw derrr nak update apa.. ari ni baru ada story yg iza maw share dengan korang..

btw, story ni berlaku pada hari ahad hari tu lagi.. iaitu 29 april 2012.. baru hari ni iza berkesempatan mau story2.. hehe..

oke, tajuk entri ni 'surprise' kan ? so, story nye mesti la sesuatu yg surprise kan ? kalau tak surprise bagi korang, tapi ianya sangat surprise bagi iza.. ♥ ♥ ♥

nak taw ke apa yg surprise sangat tu ? nak ? oke, kalau nak, sila teruskan membaca sampai habis.. sape yg taknak taw, sila la klik pada simbol pangkah di atas yee.. hehe..

oke.. cerite nye giniii... hari ahad malam tu, kepala iza sakit sangat.. iza ni memang selalu sakit kepala pun.. dan setiap kali iza sakit kepala, iza akan minum 100plus.. dan yg selalunya yg bawakkan 100plus utk iza time iza sakit, ialah iqbal.. tapi time iza sakit malam tu, iqbal xde pulak.. dia kat tapah.. so iza juz mengadu je la kat dia yg iza sakit kepala..

then, iqbal tanya iza, kalau dia ada dekat dengan iza waktu iza sakit tu, iza nak suruh dia buat apa.. iza juz jawab yg iza nak 100plus.. sebab time tu kepala iza sakit giler..

then, iqbal cakap nanti dia mintak tolong kawan dia yg ada dekat sini, belikan 100plus utk iza.. iza x mau la.. iza x nak la kawan dia yg belikan.. segan la iza.. then iqbal cakap xpe la kalau iza x nak..

tak lama lepas tu, iza tertido.. pastu enset iza berbunyi.. iqbal yg call.. dia kata turun lah.. nak bagi 100plus ni.. iza pelik la.. bukan dia ada kt tapah ke ? macam mana pulak dia nk bg 100plus kat iza ? konfius,konfius.. iza pun dlm keadaan separuh mamai, bangun la.. pakai tudung, jenguk kat luar.. mata yg tadi separuh tertutup, terus terbukak luas.. iqbal ada kat depan pagar rumah sewa iza ! siap tersengih-sengih lagi sambil minum air oren.. hehe.. iqbal cakap, surprise ! pastu dia pun bagi 100plus kat iza.. hoho.. iza tanya la, bila masa ada kat sini ? cehhh, rupa-rupanya dari petang lagi dia dah ada kat umah sewa dia tu.. patut la masa iza mesej dia tengahari tu, dia kata dia dengan kakak dia.. pelik la jugak kenapa dia dengan kakak dia sebab kakak dia tu duk KL.. iza pun tak terfikir la nak tanya kan.. diam je la..


agak over la muka baby ni terkejut.. huehue.. :D


tu yg dari petang die duk msj iza, iza x nak kua makan ke... iqbal cakap kat iza, kalau ikut plan sebenar, dia nak surprise kan time iza dekat kedai makan.. tapi iza pulak tak kua petang tu.. so iqbal tukar plan laa.. huhuhuhuuu.. tipah tertipu ! wakenabeb !

apa-apa pun iza tersangat la terharu apa yg iqbal buat tu.. thank you sayang.. :)

oke tu je story iza.. hehe.. tenkiu sebab sudi baca sampai abes.. :)

babai !




Thanks for reading !

7 petala kepincangan dlm 7 Petala Cinta...

Assalamualaikum... hai korang.. sihat ke ?

korang dah tengok cerita 7 petala cinta ? best tak ? iza tengok tak abes pun.. bosan.. btw, iza nak share nk korang something nii.. iza tak taw nak ckp mcm mana.. sebab iza sendiri pun tidak lah sempurna lagi sebagai seorang muslimah.. tapi iza sangat setuju apa yg iza nak share dengan korang ni.. okeh, benda ni iza copy dari sini ---> RUSYDEE ARTZ...



:sun: Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.

Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.

Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video

Hadis rahsiakan pertunangan jika kita teliti balik ada dhaifnya. Tapi saya memandangnya dari sudut ada hikmahnya untuk merahsiakan pertunangan. Satunya untuk menjaga aib si tunang seandainya putus di tgh jalan. Kata Ustaz Azhar Idrus:

" maksud rahsiakan (pertunangan) ialah tidak dibesar-besarkan seperti nikah..boleh diberitahu orang-orang terdekat.."

Difahami di sini, majlis tunang tidak perlulah dah nak sama macam majlis kahwin siap ada team kompang bagai semua. Majlis tunang sepatutnya hanya ala kadar dan besederhana.

:sun: Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

:sun: Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah
4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )

Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

:sun: Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?

:sun: Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

Mulut tutup, aurat lengan buka.

:sun: Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

:sun: Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.

Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."

7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.

Sebelum menonton, anda kena ingat:-

:60: Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

:60: Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

:60: Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

:60: Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

:60: Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.

----
"Astaghfirullah"

Thanks for reading !