Ibu....Ayah....Kenapa Begini??


Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takper la, penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perutnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut.

Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya, ibu terpaksa sakit perut segala..." tapi apa kan daya mulut saya belum terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? Tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perut agaknya...
Malam nih ibu tidur lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? Sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu..... saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takper, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
Kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perut, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. Romantiknya ibu ayah saya!! Mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
Cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu. bergegar saya dalam perut ibu.
Apa nih ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
Saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. Tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... Then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
Ayah tolak. Aik, takkan dorang nak beromantik kat sini kot? Ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya!
Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin..." Ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
Yer la, saya pening di sepak terajang. Tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
Kenapa...................

Lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia.
Saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? Tapi... ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak paham lah kenapa. Kenapa yer korang?
Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah.
Yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidur.

Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu.. Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh, rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya.
Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah nih pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.

Tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu.
Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.
Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH..... ibu mengerang dan meneran kuat.
Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? Maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu.... dan ayah. Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty nih mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit.

Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. Nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas. Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah.

Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. Dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di peluk, di cium.... dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah yer. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu.
Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan...... ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELUM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELUM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELUM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELUM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

Dan saya rasa saya tercampak jauh..
Berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah.
Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. Mungkin saya di takdirkan untuk hidup hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......
TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDUP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDUP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA..

Thanks for reading !

Tips cinta jarak jauh...

Assalamualaikum... ni entri iza yg kedua utk hari ni.. ^^V

korang watpe tu ? korang dah baca tajuk kat atas ? eh mesti la dah kan.. hehe.. oleh kerana sekarang ni iza di dalam situasi bercinta jarak jauh, iza mau share sedikit tips utk korang.. heheheee.. mana la taw kot-kot berguna utk korang kee.. btw, ini bukan yg asli dr iza.. muehehehehee.. ini adalah kopi pasta dari sini MIYOO... :cutesmile:

oke jom baca tips-tips nye :


Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan,
kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan
apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?



Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.



Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.



Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis
sebegitu.



Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.


oke suda baca ka ? akhir kata dari iza, walaupun jauh, dalam hati sentiasa dekat kan ? pandai iza ni cakap yee.. ari tu bukan main lagii... hehehe...


Thanks for reading !

Kelebihan Blog Cik Fie

Assalamualaikum !
hai korang ! gud morning ! bangun, bangun, bangun !!! cukup-cukup la tu buat taik mata.. wehehehe...

hey korang, ni iza ade join satu segment taw.. ni first time taw iza join segmen kt blog niii.. sebelum ni x tergerak hati pun nk join mana2 segmen.. tetiba pagi ni terasa nk join pulak..



oke-oke, segmen ni disediakan oleh cik fie.. nak taw cik fie tu sape ? hah, klik kat SINI.. oke, kalau ditanya apa kelebihan blog cik fie ni, bagi iza la, iza suke blog cik fie ni sebab dekat blog cik fie ade sediakan icon yg kiut miut gtuu.. so senang bg iza nk main copy-copy icon yg comel lote tuu.. hehe.. lagi satu yg iza suka pasal blog cik fie ni sebab blog cik fie simple je.. x serabut sangat.. so, cepat je loading bile masuk ke blog cik fie ni... ha, yg kat atas ni banner blog cik fie tu.. btw, segmen ni cik fie tak suruh pun letak banner die.. iza saje jee nak letak..

hah, itu la antara kelebihan blog cik fie yg iza nampak.. hehe.. ^^V

p/s : cik fie, oke tak entri iza ni? hehe.. ;)

Thanks for reading !

Untuk calon suami


Untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini...
Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

Solat fardhu cukup 5 waktu.

Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al- Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang- kurangnya Maghrib dan Isyak.

Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara
orang-orang kampung.

Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

Jenis senyum sokmo.

Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns
(Tak cun takpe, boleh tutup lampu –Ustaz Azhar Idrus)

Thanks for reading !

Nikah Khitbah a .k .a . Nikah Gantung


Assalamualaikum..

oke ini entri iza yg kedua untuk hari ni..

korang nampak tajuk kat atas tu ? nampak ? bagus, bagus...

hari ni iza nak share satu ilmu yg baru je iza tahu.. korang taw x apa itu nikah khitbah ? nikah khitbah tu maksudnya nikah gantung.. khitbah tu kalau diikutkan adat melayu, bermaksud "bertunang".. mengikut adat melayu, kalau dah bertunang tu, bermaksud dah ''separuh kawin".. huihhh.. salah tu adat tuu.. selagi si lelaki belum berjabat tangan dengan tok kadi, jangan kata separuh, suku kawin pun belum lagi taw ! hah, ingat tu !

hmm.. sebelum ni iza fikir, nikah khitbah a.k.a nikah gantung tu bermaksud akad nikah dulu, kendurinya lain kali.. hah, gitu la pandangan iza sebelum ni.. tapi salah laaa... tadi iza dah search maksud senarnya apa..

korang nak taw ke ? nikah khitbah a.k.a nikah gantung tu bermaksud lelaki dan wanita berkawin tetapi si isteri masih di bawah tanggungan mak ayah.. paham tak ? oke,oke macam ni.. iza bagi contoh yee..

" Milah dan Leman bernikah khitbah.. Leman dah berjabat tangan dengan tok kadi dan sudah sah menjadi suami kepada Milah.. tetapi Milah masih di bawah tanggungan mak ayah Milah.. kalau Milah buat dosa, dosa Milah ayah Milah yang tanggung lagi.. Bukan si Leman yg dah sah jadi suami Milah tu.. Bila Milah tak cukup duit, tanggungajawab ayah Milah yg kena bagi duit kat Milah.. Milah dan Leman tak tinggal serumah.. mereka boleh jumpa atau dating sesuka hati mereka sebab mereka dah ada ikatan yg sah.. kiranya mereka ni macam pasangan couple yg lain la.. cuma yg bezanya hubungan mereka halal di sisi agama.. Leman boleh pegang tangan Milah.. Milah boleh kiss tangan Leman.. Leman boleh peluk Milah.. tak berdosa pun sebab hubungan mereka dah halal.. TAPI, bila Milah dan Leman dah tinggal serumah maka segala tanggungjawab ayah Milah sudah jatuh ke atas bahu si Leman.. Leman Bertanggungjawab memberi nafkah kepada Milah dan Leman jugalah yg akan tanggung dosa Milah.. ''

oke paham tak ? kiranya nikah khitbah ni tiket untuk bercouple secara halal la.. eh betul tak ayat iza ni ? rasa macam betul dah..

oke pada pasangan-pasangan couple di luar sana, mungkin anda boleh "bernikah khitbah" utk mengahalalkan hubungan couple anda tuuu.. termasuk la diri iza ni.. moga ALLAH permudahkan segalanya.. aminnn..

untuk lebih paham lagi, sila klik di sini ye NIKAH KHITBAH atau sini NIKAH KHITBAH

Thanks for reading !

Sedih lagi, sedih lagiiii...


Assalamulaikum pembuka bicara.. hukhuk.. jap,jap.. kesat air mata jappp.. blogger-emoticon.blogspot.com
korangggg... waaaaaa!!! akhirnya ! akhirnya ! wuuuuuaaaaaa!!! :tears:

woiiiitttttt... kau apasal iza ?

ehhh ? sory, sory.. terover pulaksss.. :face4: hehehee..

korang ingat tak, iza penah buat 3 entri yg iza sedih and the last one, iza buat entri yg iza happy.. and now, i want publish sad entri again.. huhu.. hate betul la buat entri sedih-sedih nii.. tapi nak buat mcm mana kan.. dah sedih, buat entri sedih la.. tak kan sedih nak buat entri happy pulak.. x mo laa.. :pencil: ishhhhhh ! huduhnye muka sedih kau iza ! waaaa biar lah ! sebok je !

nak taw kenapa iza sedih lagi ? oke, oke meh sini iza story.. yg x mau taw tu kena taw jugak ! duk diam2 depan lappy korang tu and read my story sampai abes ! duduk diam-diam ! blogger-emoticon.blogspot.com

iza sedih la.. ingatkan dia x jadi pegi praktikal dekat tapah nun.. tapi sekarang, dia betul2 dah pegi tapah nunnnn.. huhu.. jauhnyeeeee ~~~ :122:

dia pegi pagi tadi.. dia tanya iza oke ke.. iza dengan penuh konfidennye jawab oke.. huhu.. tapi sebenornye iza x oke pun.. x mau la bg dia susah hati.. biar la dia pegi dengan hati yg tenang kan.. terkelip-kelip mata iza ni tahan air mata dr mengalir taw.. heh, x taw malu ! mcm budak kicik sajaa ! blogger-emoticon.blogspot.com

tak ape la.. jauh pun jauh laa.. ceh ayat pasrah konon ! pasrah laa.. takpe la kan.. jauh di mata dekat di hati.. ( dalam hati sebenarnya kata 'nak dekat di mata dan dekat di hati' ) kau tamak pulak ! huh! biar laaa ~ emoticon20

oke la korang.. ini saje yg iza nak share dgn korang..

p/s : harap-harap dia x baca entri iza yg ni.. kalau tak, kantoi laaa yg iza ni x oke.. blogger-emoticon.blogspot.com




Thanks for reading !

Andai Lelaki tahu..... ♥


Andai lelaki tahu...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda...

Thanks for reading !