Rindu dia...

Assalamualaikum korang..
Iza nak luah perasaan ni..
Iza rindu laa..
Rindu sape?
Ala rindu dia laa..
Sape?
Alaaa dia tu laa..
Tu la yg mana..?
Ishhh.. rindu dkt querida iza tu laa..
Sape querida iza?
Ala yg niiiii haa…cube tgk kt bawah niiii..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haaa dia ni la yg iza rindu...
Muhammad Nur Iqbal, saye rindu awak laa... :(


Thanks for reading !

Nanti ayah tak bagi nikah!

Assalamualaikum… meh sini, iza ada benda nak share dgn korang.. ni kat bawah niii.. selamat membaca! ^_^



Saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu di perak. Saya dan keluarga sampai ke rumah pengantin menjelang maghrib lalu bertanyakan apa yang perlu dibantu. Pak cik dan mak cik meminta saya memantau solekan pengantin yang bakal dinikahkan pada malam itu. Saya akur dan sudah dapat mengagak memang itulah tugasan yang akan diberi.

“jalilah, tolong tengok-tengokkan solekan kak long ni, jangan tebal-tebal. Kalau tebal pak cik tak bagi kak long nikah.’’ Saya angguk dan tersenyum dengan perintah pak cik. Dia memerhati seketika ke wajah anak dara sulungnya yang sedang ditatarias oleh seorang sepupu kami bernama Ifa selepas selesai kami bersolat maghrib.
“jangan cabut bulu kening, jangan cukur kening, bibir jangan merah sangat, ayah tak bagi nikah nanti,’’ suara pak cik sedikir tegas dalam memberi amaran. Terketar-ketar sepupu kami, Ifa yang sedang membantu menyolek kak long apabila diperhatikan pak cik.

“ya ayah, kak long ingat pesan ayah,” balas si anak lembut menenangkan si ayah yang serius memerhatikan anak sulung sedang bersolek. Dia bakal dinikahkan oleh si ayah selepas solat isyak.

“ingat, Ikmal pun pesan jangan solek lebih-lebih,’’ ulang ayah lagi mengingatkan anaknya. Bakal menantu sulungnya juga tidak mahu bakal isterinya bersolek tebal. Ayah menutup pintu lalu bersiap untuk menyambut tetamu. Kami akur apa yang dikata.

Selang beberapa minit, masuk pula si ibu meninjau cara anak disolek. Diperhatikannya dekat-dekat ke wajah puterinya. “jangan tebal-tebal, ayah pesan pada mak tadi, kalau tebal solekan ayah kata tak jadi nikah,’’ tegas juga suara si ibu menjunjung perintah suami. Ibu membelek dan memastikan setiap jenama solekan yang dipakai, agar terjamin kesuciannya, senang dicuci dan boleh dibawa bersolat. Dipastikan solekan cukup sederhana. Bukan itu sahaja, baju kebaya labuh yang digayakan oleh anak turut dipastikan tidak diketatkan pemakaian di sana-sini. Kepada saya diingatkan berkali-kali supaya pengantin digayakan pemakaian tudung labuh melepasi dada dan lengkap berstoking. Pengalaman menata rias model majalah Anis saya guna pakai untuk menata pengantin.

Saya senyum puas. Wajah si anak dara yang jarang bersolek apabila disolekkan dengan solekan tipis pun tampak berseri pada hari pernikahan dan majlis kenduri pada keesokan harinya.

Tiada mak andam, malah kami lah sepupu-sepupu pengantin yang menjadi mak andam tak rasmi. Biar pun ala kadar, suasana tetap meriah di samping menjimatkan belanja malah yang paling utama penampilan bersyariat terjaga. Inilah keutamaan yang sangat ditekankan oleh ibu dan ayah pengantin.

Dalam banyak-banyak majlis kahwin yang saya hadiri, inilah pertama kali saya melihat gelagat ibu dan ayah yang begitu prihatin tentang jenama solekan , teknik solekan dan pakaian pengantin. Segala-gala yang berkaitan dipastikan agar berlandaskan syariat.

Mereka sepakat dalam mengatur majlis perkahwinan si anak. Kepada anak-anak yang lain juga turut dipastikan penampilan sopan bersyariat dan tidak berlebih-lebihan dalam berhias menyambut tetamu. Suasan kenduri juga dipastikan agar dimeriahkan dengan hiburan berselawat dan lagu-lagu nasyid.

“perkahwinan bukan untuk seronok sehari sahaja. Tetapi biarlah kemeriahan itu kekal dalam keberkatan apabila kita jaga suasana syariat bermula dari hari pertama berkahwin sehinggalah beranak cucu.’’ Itulah ungkapan nasihat pak cik mengingatkan saudara mara dan anak-anak saudaranya dalam menurunkan tip rumah tangga kekali yang bahagia…

p/s : ada pengantin yg berhabis beribu-ribu utk majlis perkahwinan tapi tak kekal lama pun.. bercerai berai jugak akhirnya.. bersederhanalah dalam setiap perkara.. tak perlu membazir dengan upah mak andam, baju pengatin yg mahal, pelamin dan sebagainya.. J



Thanks for reading !

Kisah seorang lelaki...

iza ade 1 story.. story ni ilham dari seorang lelaki.. korang baca sampai habis taw.. it’s true..



before that,sini ada 1 ayat, “wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburu-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati selagi hayat dikandung badan..”

oke,first kite story pasal ibu dulu..

ibu,ibu..engkaulah ratu hatiku…
bagaimana rasanya sehari tanpa ibu ? I dunno la anak-anak sekarang,
tetapi when I was small, sekiranya emak tiada,
semua jadi serba tidak kena!
Usahkan seminggu, dua hari saja dia tiada di rumah,
Hidup bagaikan dah tak bermakna.
Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak happiness!!!
Kalau mak takde, telinga boleh lega sebab if she’s around,
For sure 24 hours tak habis-habis berleter…
Potttt,petttt,pottt,peettt, boleh pecah eardrums.
And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut.
Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut…
And if mak takde,bangzaiiiii !!! merdeka!!! Freedom!!! Can do whatever!!!!
Boleh main beyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,
Boleh chatting sampai nak terkeluar biji mata,
Boleh bergayut kat talipon dengan “dear” sampai subuh and paling syiokkk,
Boleh ponteng solat!!!

But,the happiness does not long last.
Masuk hari kedua dah terasa kehilangan.
Sepi betul rasanya bila takde orang nak membebel,
Takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotonous,
Then we realized, jari jemari mak yang suka cubit dan memiat
Telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.
Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjetik telinga.
Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang emak,ibu,mama,mummy,ummi in our life!!!


Hah,tu kisah emak dia… Laa ni meh dengaq pasai bini dia pulak…


Budak-budak sekarang ramai kawan,
Banyak caranya mereka mengisi waktu.
They will go for movies, clubbing or most to most lepak kat happening places..
As for me is different, if my wife is not at home,
Rumah boleh jadi porak peranda.
Memang true, jika isteri ada di rumah, kepala selalu pening.
Pantang kalau isteri ada kat rumah and I’m off duty,
Sure at times boleh membuat kepala berserabut…
Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini…
Boleh buat apa yang kita suka.
Boleh belengkar kat depan tv tanpa
Sebarang gangguan mental dan fizikal.
Pendek kata, freedommm lah!
But, hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “she’s gone”,
Aku pulak terasa separuh mati.
Sehari dua memanglah syiokkk, no one shouting
From the kitchen for help, no one to komen this and that,
No one to kritik.
Everything will be smooth…
Tapi masuk hari ketiga, I felt something is missing.
Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau “assshhhheemmmmm’’,
Tak tau mana nak cari yang baru.
Colgate gigi dah habis,tak tahu kat mana dia stock up.
Air suam dah habis, malas nak boil…
Masuk hari keempat rindu mula terasa….

Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,
Wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga
Yang mengetuk pintu hati ini…
Memanglah dia tak secun siti saleha dalam cerita nora elena tu,
But the smile yang ikhlas, forever melekat’
Kat hati dan sukar ada pengganti…

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah.
Tengok TV citer best pun jadi tak best,
Nasik bungkus feberet pun jadi tak feberet,
Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai mamak.
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah main bertimbun
Ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah habis untuk dipakai.
Toilet dah mula licin berdaki,lantai dah berbelak tak dimop..
Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly…
Bila lonely gini, barulah benar rasa kesepian…

Jangan kata sebulan atau setahun…
Belum seminggu isteri takde kat rumah,
Aku dah terasa separuh pengsan.
Bila bersendirian begini dan terasa malam begitu dingin,
Barulah kite sedar betapa pentingnya seorang wanita bersama isteri..
So guys out there, jangan buli isteri kita.
Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah.
Bukan dok depan TV every weekend baca paper.
Apa ingat dorang ni sume kuli ke?! Maid ke?!
Kan dia tu bini kite, bestfren kite, sweetheart kite…
Ingat duit hantaran yang kite kasik masa nikah dulu,
Cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?!
And furthermore, kan sama-sama keje carik rezeki,
Sama jugaklah buat keje rumah.
Kadang-kadang bile poket kite sesak,
Tak ingat ker dial ah orang yang paling
Dekat dengan kite nak kenyeng-kenyeng duit.
Tak kesian ke nengok bini kite..
Renung-renungkan laaa…

p/s : sayangi la kaum wanita kerana tanpa mereka anda kehilangan sesuatu..
hargai mereka!

Thanks for reading !