Nanti ayah tak bagi nikah!

Assalamualaikum… meh sini, iza ada benda nak share dgn korang.. ni kat bawah niii.. selamat membaca! ^_^



Saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu di perak. Saya dan keluarga sampai ke rumah pengantin menjelang maghrib lalu bertanyakan apa yang perlu dibantu. Pak cik dan mak cik meminta saya memantau solekan pengantin yang bakal dinikahkan pada malam itu. Saya akur dan sudah dapat mengagak memang itulah tugasan yang akan diberi.

“jalilah, tolong tengok-tengokkan solekan kak long ni, jangan tebal-tebal. Kalau tebal pak cik tak bagi kak long nikah.’’ Saya angguk dan tersenyum dengan perintah pak cik. Dia memerhati seketika ke wajah anak dara sulungnya yang sedang ditatarias oleh seorang sepupu kami bernama Ifa selepas selesai kami bersolat maghrib.
“jangan cabut bulu kening, jangan cukur kening, bibir jangan merah sangat, ayah tak bagi nikah nanti,’’ suara pak cik sedikir tegas dalam memberi amaran. Terketar-ketar sepupu kami, Ifa yang sedang membantu menyolek kak long apabila diperhatikan pak cik.

“ya ayah, kak long ingat pesan ayah,” balas si anak lembut menenangkan si ayah yang serius memerhatikan anak sulung sedang bersolek. Dia bakal dinikahkan oleh si ayah selepas solat isyak.

“ingat, Ikmal pun pesan jangan solek lebih-lebih,’’ ulang ayah lagi mengingatkan anaknya. Bakal menantu sulungnya juga tidak mahu bakal isterinya bersolek tebal. Ayah menutup pintu lalu bersiap untuk menyambut tetamu. Kami akur apa yang dikata.

Selang beberapa minit, masuk pula si ibu meninjau cara anak disolek. Diperhatikannya dekat-dekat ke wajah puterinya. “jangan tebal-tebal, ayah pesan pada mak tadi, kalau tebal solekan ayah kata tak jadi nikah,’’ tegas juga suara si ibu menjunjung perintah suami. Ibu membelek dan memastikan setiap jenama solekan yang dipakai, agar terjamin kesuciannya, senang dicuci dan boleh dibawa bersolat. Dipastikan solekan cukup sederhana. Bukan itu sahaja, baju kebaya labuh yang digayakan oleh anak turut dipastikan tidak diketatkan pemakaian di sana-sini. Kepada saya diingatkan berkali-kali supaya pengantin digayakan pemakaian tudung labuh melepasi dada dan lengkap berstoking. Pengalaman menata rias model majalah Anis saya guna pakai untuk menata pengantin.

Saya senyum puas. Wajah si anak dara yang jarang bersolek apabila disolekkan dengan solekan tipis pun tampak berseri pada hari pernikahan dan majlis kenduri pada keesokan harinya.

Tiada mak andam, malah kami lah sepupu-sepupu pengantin yang menjadi mak andam tak rasmi. Biar pun ala kadar, suasana tetap meriah di samping menjimatkan belanja malah yang paling utama penampilan bersyariat terjaga. Inilah keutamaan yang sangat ditekankan oleh ibu dan ayah pengantin.

Dalam banyak-banyak majlis kahwin yang saya hadiri, inilah pertama kali saya melihat gelagat ibu dan ayah yang begitu prihatin tentang jenama solekan , teknik solekan dan pakaian pengantin. Segala-gala yang berkaitan dipastikan agar berlandaskan syariat.

Mereka sepakat dalam mengatur majlis perkahwinan si anak. Kepada anak-anak yang lain juga turut dipastikan penampilan sopan bersyariat dan tidak berlebih-lebihan dalam berhias menyambut tetamu. Suasan kenduri juga dipastikan agar dimeriahkan dengan hiburan berselawat dan lagu-lagu nasyid.

“perkahwinan bukan untuk seronok sehari sahaja. Tetapi biarlah kemeriahan itu kekal dalam keberkatan apabila kita jaga suasana syariat bermula dari hari pertama berkahwin sehinggalah beranak cucu.’’ Itulah ungkapan nasihat pak cik mengingatkan saudara mara dan anak-anak saudaranya dalam menurunkan tip rumah tangga kekali yang bahagia…

p/s : ada pengantin yg berhabis beribu-ribu utk majlis perkahwinan tapi tak kekal lama pun.. bercerai berai jugak akhirnya.. bersederhanalah dalam setiap perkara.. tak perlu membazir dengan upah mak andam, baju pengatin yg mahal, pelamin dan sebagainya.. J



Thanks for reading !

4 pengkritik comel:

♔Lady Ainaa♔ said...

kite kahwin ni bkn ats dsr sape paling mewah majlisnyew.. tp.keredhaan dri Allah.. org yg kahwin hantaran balut dgn surat khabar je boleh bhgia aman sentosa smpai bile2 dri org yg kahwin naik kereta kuda.. semua itu kuasa Allah.. hehe

kiera'sakura said...

betul lah tue.. jgn mulakan dosa dihari perkahwinan... moga kita semua terlindung dari perkara2 mcm tue.. :)

Iza Soo-Yun said...

org kite ni suke ikut adat.. mcm2 adat ade.. dorg fkir sekali seumur hidup.. tu yg wedding pun debabommm punyee sampai da x fikir mana halal dan haram.. hehe.. tp x perlu la membazir kan.. :)

Iza Soo-Yun said...

betul kan? untung la dpt ayah mcm dlm cter ni.. tegas tp utk kebaikan kite jugakk.. ;)