Robot kesan bohong

Assalamualaikum... :)
apesal muka masing-masing ketat je ni ? heee.. x mo la ketat-ketat muka tuu.. senyummmm semuaaa.. oke sini, iza nak bagi korang tersenyum.. iza ada 1 cerita kelakar.. bagi iza kelakar la.. bagi korang ? terpulang la korang nak kata apaa.. niat iza nak bagi orang tersenyum.. itu saje.. oke jom baca...




Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

p/s : anak-beranak sama jeee... :p

Thanks for reading !

3 pengkritik comel:

Ana Farhana said...

muka ketat sbb xde idea nak update blog.haha

Iza Soo-Yun said...

@Ana Farhana

xde idea nk update ? ala bantai jee.. p search kt encik google.. mesti bnyak cter.. hehe.. ;p

Cik tikah said...

best pulak main lempang lemapng ni yer